Wednesday 14 December 2011

Churp Churp..

Cakap psal churp churp.. memang ramai dah tahu... 
bagi siapa yang tak tahu churp churp tu apa.. Biarlah opai terangkan..
Churp-Churp ni merupakan pengiklanan apps... Jadi.. kita ni tolong mengiklankan iklan  diorang.. dan kita akan mendapat duit... Nak tahu lebih lanjut..
Korang tekan link di bawah ni.. dan sign up.... then..profile korang ni akan terbentuk seperti di bawah ni...


Nak duit.. Plz klik sini.. serius tak rugi...

Sunday 11 December 2011

Korea Fever/Fanatik

Assalamualaikum semua….. Apa khabar semua.. Harap semua sihat ye…. Hari ni aku post psal KOREA…

"Aaaahhhh…!!! It's  2pm"
"SNSD… come 2 Singapore…"
" Wondergirl so hot.."

Hmmm….  Bualan… di atas tu selalu kita dengar dah… apa yang opai nak citer hari ni ….??? Cuba kita perhatikan dari tahun 2009…. Korea fever semakin merebak… aku tau ramai orang yang tahu. Siapa yang kata tak tahu… dia tu memang SUCK…. Ok.. Ok.. Ok.. Jangan marahya…

That's a big question to ask…kepada siapa yang minat dengan korea.. Why u all love korea..???

Mesti diorang akan beritahu jawapan seakan2 begini….

Alasan Pertama: RUPA
"Diorang tu cute dan hot…". " Wow... diorang tu sexy.." boys say...
"Diorang tu hensem.. Badan diorang tu tough.."girls say

Hmmm… Tak paham lah dengan diorang ni...
macam lah girls kat sini tak cun… macamlah boys katisini tak hensem…
Aku pun tak menafikan yang diorang tu memang cute.. Lagi2 macam Yuri, Tiffany… Tapi diorang tu hanya plastic.. Ramai artis korea yang lakukan pembedahan bagi diorang nampak cantik.. Nampak tough… Nampak hensem… Nampak sexy…  huhuhhu... Ada yang bagi alasan sebab2 diorang suka korea ni.. Sebab mata diorang tu sepet… sampai ada orang sanggup sepet kan mata mereka … supaya jadi macam korea...
Ni satu masalah lagi… kalau korang belajar BIO…. Mata sepet tu recessive kan… kenapa nak jadi recessive.. Mata bulat lagi cantik kan.. Maybe pandangan aku ja.. Kot…..

Alasan kedua…. : Lagu2 diorang best
Hmm… yang ni aku sokong jugalah… lagu2 diorang ni memang best. Kalau korang perasan.. Apa yang uniknya dalam band2 korea ni…??? Uniknya… First.. Their dance.. Memang perghhh… mantap beb… Second… setiap ahli ada keunikan sendiri.. 


Contohnya macam 2pm..seorang boleh rap.. Seorang boleh tarik not tinggi.. Seorang ada suara sedap… Sorry.. Aku tak bape kenal sangat nama2 ahli ni….

Ok….. Ada satu benda lagi yang aku nak shared korang… tentang korea fanatik..  

Pada hari sabtu lalu… Opai and family pergilah Sunway Carnival.. Saja2 window shopping.. Apa yang opai nampak dekat sana… ada ramai gak lah.. Yang berpakaian macam korea.. Potongan rambut macam orang korea. Tak paham lah diorang ni.. Fahamlah korang ni minat sangat korea.. Wow.. Sampai macam ni.. Boleh jadi kes serius ./. Dah ni…/ kalau korang berpakaian tu nampak cantik.. Takpelah gak.. Nii… hodoh tahap…

Selain tu…. Ada jugak artis melayu kita ni nak buat macam artis korea..
.....V.I.P is SUCK....
 Antaranya macam artis V.I.P… aku tak boleh pandang diorang ni..….  . Jangan lah kita ni jadi pak turut pula… apa yang diorang buat, kita nak ikut.. Lebih baik kita buat kelainan… yang boleh menunjukan identiti sendiri…

Aku nak minta maaf kepada siapa yang terasa ye..??!!!

Friday 9 December 2011

Blog aku.. ikut sakit hati akulah....

" Oh.. Please lah.. Budak skema…"
 " Nerd-nya.. Dia…"
" Post pasal diri dia ja…"
"ehh… blog ni… menyampah betul.."

Ayat2 ni mesti hang pa akan cakap punya… (mai dah loghat penang ni)
Ok… setiap orang ada cita rasa sendiri.. Sapa yang kata semua orang ada cita rasa yang sama…. Mampus lah macam tu… dunia akan jadi boring lah cam tu… jadi.. Bia pi lah kat aku nak buat blog macam mana.. Nerd.. Kah.. Ayat skema.. Kah… ikut suka hati aku lah..
Bukan aku nak marah. Aku Cuma nak bagi peringatan.. Adakah kita ni seorang yang skema,kalau kita gelar diri kita ngan nama. Tak salah kan..
" Wei..  Gunalah perkataan aku.. Jangan jadi skemalah dengan guna Opai2.."
Ikut suka hati akulah.. Nak guna Opai kah.. Nak guna aku.. Kah..
Ada aku kacau hang pa sekeluarga.. Adik beradik tak cukup makan kah..
Sebab tu peringatan kepada yang gelar diriku ni NERD… aku Cuma nak gitaw… BLOG AKU…. IKUT SUKA HATI AKU>> harap2 faham lah noh… 

Thursday 8 December 2011

The Ones that Got Away....


Assalamualaikum…. Semoga semua.. Adik2.. Abang2… kakak2…. Pak cik2.. Mak cik2… readers2 yang saya kasihi…  dalam keadaan sihat… huhuhuh… ..

The one that got away. Bila baca ja ayat ni.. Aku mesti rasa sedih. Ayat yang tersembunyi dengan seribu satu kenangan. Kenangan yang paling menyedihkan..
Kenapa opai tulis mcm ni ye.. Mesti korang nak tahu kan…

Sebenarnya ada kisah sebaliknya…

Masa di saina dulu. Opai ada 3 orang adik angkat yang rapat dengan Opai., namanya Shahir,Shakir dan Faizal. Yang paling rapat dengan Opai ialah Shahir. Yang opai boleh rapat dengan diorang sebab nye.. Diorang ni mempunyai minat yang sama dengan Opai.. Iaitu.. Minat penyanyi yang bernama Katy Perry…

Opai masih ingat malam terakhir Opai bersama diorang di Saina..
Shahir ada tulis surat kepada Opai dan kawan Opai seorang lagi…
Dalam surat yang penuh menyayat hati tu.. Dia ada selitkan perkataan The one that got away… ayat ni merupakan tajuk lagu Katy Perry sebenarnya.
Korang bisa dengar kagu the ones that got away ke tak ni..??

*Kalau tak pernah dengar… Cuba korang tengok SCM player dibawah… Kalau bukan lagu that one that got away. Korang2 pandai2 lah tekan next…
Ni merupakan sedutan bagi video the one that got away…. Review… bagi sesiapa yang tak pernah tengok video ni…







                                                                                             

 
                                                                 
                                                                                                                       

                                                   



                                                           





Kalau nak tengok video ni  sila.......TEKAN SINI

Wednesday 7 December 2011

Goodbye school life... Welcome new life...

Assalamuailaikum… apa khabar smua…- harap2 semua dalam keadaan baik ja.. Topik hari ni ialah
. Bye bye alam persekolahan.Selamat datang dunia baru

"Wei.. Formal nya mamat ni.. Mesti budak Skema kan.."
Mesti ada orang akan kata kan macam tu kat opai kan.. Hmm.. Well.. Opai ni memang mengakui apa yang korang kata.. Tapi tu kadang kadang ja..

Back to main topic….
 Cuba korang  tanya kakak2dan abang2 ataudiri korang sendirilah.Zaman apa yang paling seronok. Mesti kebanyakan  mereka semua akan bersependapat dengan opai iaitu alam persekolahan merupakan alam yang paling menyeronokan. Mesti junior2 Tak percaya kan.. Message khas untuk  junior2 tu.. Korang tunggu  lah nanti.. Bila korang dah keluar sekolah. Serius korang akan terkenang dengan zaman persekolahan. Macam lah opai sekarang ni.. Rindu dengan sekolah dah. Padahal baru dua minggu cuti. Jadi nasiha topai kepada junior. Hargailah zaman persekolahan korang.. Jangan jadi macam opai ni.Tak hargai zaman persekolahan. Huhuhuhuhuhh… sedih dah. 

Apa yang nak dibual pada hari ni ialah… Selamat datang dunia baru.. Iaitu alam pekerjaan...
 Memang menjadi lumrah kepada pelajar lepasan spm untuk mencari pekerjaan sementera menunggu keputusan spm diumunkan. Ada yang kerja di McDonald.. Ada yang kerja di Pizza Hut.. Ada setengah kerja sebagai promoter. Tetapi ada sesetengah tu terpaksa ke PLKN.. Bagi sesiapa yang dapat PLKN… teruskan usaha anda di sana..

Macam opai ni.Opai kerja sebagai sale advisor di syarikat ayah Opai.. Sale advisor bagi kereta proton.. Jadi sesiapa yang berminat untuk membeli kereta. Boleh lah hubungi Opai… nanti. Tujuan opai bekerja selain nak cari pendapatan ialah nak hilangkan rasa boring.. Bayangkan 3 bulan cuti. Lebih baik opai pergi kerja.
Ok lah sampai di sini saja lah celotehan daripada Opai.. Chau dulu..Bye2...

Tuesday 6 December 2011

SPM is Over

Fuh… - leganya  spm dah habis… tarikh keramat 30 November 2011. Jadual menunjukan biology paper. Subjek last yang opai ambil. Memang waktu tu.. otak opai ni fikir nak balik  rumah ja. Biasalah geng yang tinggal di asrama. Sebulan tak balik. Mesti rindu rumah kan. ..?? Study pun tak berapa nak masuk otak.. Al maklumlah.. FB bermain main di minda.. Blog… Aktiviti selepas SPM.. Reunion dengan kawan lama.. Macam macam yang opai fikir kan.. Waktu tu juga lah.. Nak tangkap gambar dgan kawan kawan.. Nanti dah tak jumpa dah.. (maksudnya jarang jumpa).hmmm… penjam celik… genap dh seminggu.. Opai tinggalkan saina… Rindu pula dekat sekolah ni…

Saina-nama glamour sekolah opai 

Secara jujurnya…. Opai sebenarnya terseksa di sekolah ni… lagi2 ketika tingkatan 4..Bayangkan lah..Pengalaman yang paling pahit opai lalui di sekolah ni ialah opai dipulau.. Nak tahu apa sebab nya?? Sebabnya Opai membawa budaya baru iaitu study group antara lelaki dan perempuan.Mereka berfikir bahawa study group antara lelaki dan perempuan akan menjunum ke lembah maksiat. Contohnya couple. Sebab nya..sebelum ni ada juga lah makhluk yang bercouple ni membuat study group bertujuan untuk dating. . Jadi disebabkan tu lah opai dipulau kerana mereka memikirkan opai akan melakukan benda yang sama. Jadi ketika itu lah opai keseorangan. Sedih seorang2… rasa nak balk sekolah lama  balik.. Nasib baiklah opai ada dua orang kawan yang  baik dengan opai ketika itu iaitu amar dan banie….


Mereka dua orang ni lah yang banyak bagi encourage kat opai… opai memang beterima kasih banyak dengan mereka dua orang..  Selepas dua bulan dipulau.. Akhirnya baru lah selesai kes opai.. Huhuhuhuhu….. Tapi segala gala nya telah berubah ketika opai di tingkatan 5…  Form 5 merupakan tingkatan yang Paling Best… Paling tension.. Paling penat.. Paling stress…

Segalanya berubah disebabkan opai  dah ada ramai kawan…  walaupun kawan2 opai ni lower form .. Mereka ni lah yang bagi opai semangat untuk meneruskan kehidupan di sekolah berasrama. Lagi2 ada seorang junior opai yang bernama naim nor.. Dia lah yang banyak mendengar luahan hati opai.. Dia lah orang yang paling rapat dengan opai ketika form 5..hmmm…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...




Pembaca Setia....